Home / e-Books / Cinta Fansuri ePub

Cinta Fansuri ePub

Cinta Fansuri ePub ebook download
Sukar mengikuti karya ini jika dibaca sambil lalu seperti novel biasa yang lain. Ianya sarat dengan cetusan rasa watak rekaan Pak Samad, setiap naratif amat berkait rapat dengan latar belakang watak-watak tersebut. Penuh falsafah, penuh cadangan buku yang nampaknya cuba diketengahkan oleh Pak Samad untuk turut dibaca oleh pembaca sekalian dan turut merakam pop culture kontemporari sewaktu novel ini dikarang iaitu awal 90-an selepas Iraq menawan Kuwait. Cuba cari bagaimana nama Awie telah diabadikan Pak Samad di dalam karya ini.

Watak 'Aku' bersama Milyukadar misalnya, adalah paling mencabar untuk dibaca. Pertembungan 'Aku' dengan watak-watak sekelilingnya juga terasa aneh dan luar biasa. Dalam sekali pembacaan saya, saya masih gagal untuk mengagak apakah pekerjaan 'Aku' yang sebenarnya. Adakah dia ekologis seperti Milyukadar atau teman yang turut serta sahaja? (Later it was revealed that 'Aku' has a strong relation to another character known as Damri)

Damri juga seorang yang amat kompleks sesuai dengan wataknya yang dinukilkan sebagai seorang penulis, seniman dan penolong pengarah. Tercampak ke bumi Camus dan Sartre, setelah dipujuk oleh seorang wanita, dia memulakan pencarian menjejak Fansuri, satu kembara yang berkali-kali disampaikan kepada Bambrio sebagai 'sesuatu yang mungkin hanya terjadi di alam fiksi sahaja'.

Adakah Pak Samad cukup 'terganggu' dengan novelet Anwar Ridhwan Di Negeri Belalang sehinggakan karya ini dijadikan rujukan Damri semasa mempertahankan novel keempatnya? Adakah Pak Samad ingin mengulangi kejayaan novelet tersebut dalam menggabungkan pertindihan alam real dan dunia fiksi? Mana satukah bab-bab di dalam Cinta Fansuri itu real dan mana satukah cuma fiksi? Itu diserahkan Pak Samad dengan bijak kepada pembaca untuk menilainya.

Saksikan Bab 1 dan Bab 19 (Bab terakhir); saya pasti ramai yang terkeliru siapakah 'Dia' tersebut. Kata 'Dia' itu sendiri sengaja ditulis untuk memberikan kesamaran kepada watak. Ianya bukan seperti kata 'He' atau 'She' dalam Bahasa Inggeris, yang mana sedikit sebanyak mungkin boleh membantu untuk meleraikan kekusutan siapakah 'Dia' yang sebenarnya?
download Cinta Fansuri ePub