Home / e-Books / Jangan Main-Main ePub

Jangan Main-Main ePub

Jangan Main-Main ePub ebook download
Dr. H.M. Tuah Iskandar al-Haj atau nama sebenarnya Tuah Fadilah Ithnin, anak ke-9 dari sepuluh beradik, dilahirkan di Muar, Johor pada tahun 1960. Ayah beliau seorang yang sangat dihormati semasa hayatnya kerana merupakan seorang yang sangat kaya. Para pekedai cina di pekan kelahirannya memanggil beliau ‘taukey’. Sehingga kini setiap kali drtuah pulang ke kampung, para pekedai cina masih memanggilnya anak taukey.

Bagaimanapun, suatu hari ayah beliau telah ‘pergi’. Ketika itu drtuah berusia 7 tahun. Ini bermakna beliau dibesarkan oleh seorang 'ibu tinggal' yang serba kekurangan. Pada masa inilah, beliau mula membina imaginasi cemerlang untuk keluar dari semua yang mengikat kecenderungan dan ke-terbilangannya.

Ibu beliau Hajjah Mariam binti Haji Noor, telah dianugerahkan "Anugerah Ibu Tunggal Cemerlang" pada 19 Disember 2002. Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Besar Johor dalam satu majlis gilang gemilang di Johor Bahru.

Bersekolah awal di Sekolah Rendah Inggeris Sungai Raya sehingga darjah 6, kecemerlangan beliau dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 membolehkan beliau diterima bersekolah di High School Muar. Selesai LCE, beliau menyambung pelajaran di sekolah yang sama dalam aliran sains.

Ibu memberitahunya, moyang-moyang keturunannya adalah ketua orang alim dari seberang dan mereka semua adalah golongan yang amat dihormati serta berkebolehan menghasilkan kitab-kitab agama.

Dr. Tuah pernah di war-warkan sebagai salah seorang yang berpotensi untuk mendapat gelaran "Sasterawan Negara" pada masa hadapan.

Beliau juga telah berjaya mencipta satu istilah baru dalam Bahasa Melayu iaitu "juruam" yang mana bermaksud
seseorang yang mempunyai pelbagai kemahiran dan pada masa yang sama bersifat kraetif, inovatif, produktif dan prolifik.

Beliau berkahwin dengan Puan Zanariah Sheikh Ahmad dan kini berbahagia dengan seisi keluarganya.

Beliau juga mempunyai seorang saudara lelaki yang turut menulis bernama Zulkarnain Bin Ithnin.

Beliau sangat suka membaca dan selain keluarga beliau, "aset" yang paling disayangi oleh beliau adalah buku-bukunya.

Beliau sangat terhutang budi dengan Karangkraf kerana banyak memberi peluang kepada beliau untuk membina nama yang gah di Malaysia.

Tanpa Karangkraf, mungkin juga kariernya tidak secemerlang kini.

HM bermakna Hajah Mariam yakni nama ibunya.

Dr Tuah berketurunan Jawa. Beliau pernah mengikuti sesi usrah anjuran Al-Arqam yang mana banyak membentuk dirinya menjadi seorang Muslim yang soleh. Ini banyak terpancar dalam karyanya yang berunsur ke Islaman.

Senarai buku yang ditulis beliau boleh dilihat di sini:
http://www.alaf21.com.my/penulis/?idW...
download Jangan Main-Main ePub