Home / e-Books / Cereka Cinta ePub

Cereka Cinta ePub

Cereka Cinta ePub ebook download
Dendam Bersulam Cinta

Kata orang, cinta itu manis. Perkahwinan itu indah. Tapi aku? Manisnya cinta aku menemui penamat kala aku menikahi dia. Dua tahun menyulam kasih, rupa-rupanya itu sekadar pentas ciptaan Amsyar untuk mengikat aku dalam perkahwinan penuh derita.
“Aku kahwin dengan kau sebab aku nak hancurkan kau.” - Amsyar
“Aku bukanlah perempuan yang kau boleh pijak-pijak begitu saja.” - Jannah


I’m Not A Monster
“Aku...bunuh seseorang. Hari ini.” - Ryu
“Kau tahu tak, Ryu? Kau yang berikan nyawa kepada aku.” - Maya
Ryu, si pembunuh kejam, ketua Red Dragon. Maya, gadis misteri dengan rahsianya tersendiri. Bagi Ryu, Maya itu sekadar orang tahanan. Bagi Maya, Ryu itu tempat persembunyian. Dalam ganasnya Ryu, dia tidak pernah menyakiti Maya. Tetapi sampai bila? Mampukah Ryu menghalang diri daripada mencabut nyawa Maya, kalau dia tahu siapa wanita itu sebenarnya?


Pria Persis Dia
“Kenalin, Sofiyya. Pacar gue. Wanita paling cantik, paling keren, dan paling gue cinta semesta alam.” - Andrian
“Mencintai itu jangan terlampau.” - Sofiyya
Kata Andrian, dia mencintai Sofiyya. Kata Sofiyya, biarlah dia cuba mencintai. Tetapi benarkah bicara puitis Andrian itu datangnya dari hati atau sekadar mainan bibir semata-mata? Atau mungkinkah ada kisah di sebalik kemunculan jejaka tanah seberang itu?
download Cereka Cinta ePub